ISTERI KETUA MENTERI LANCAR BUKU RESEPI ANEKA CUCUR DAN PERASMIAN BAZAARIA PPWS



 Kuching - Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Jumaa’ni Tun Tuanku Bujang hari ini telah menyempurnakan Majlis pelancaran rasmi Buku Resepi Aneka Cucur  anjuran  Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS).  Majlis diadakan sempena ulang tahun ke-55 PPWS bertempat di ruang legar Pasaraya Mydin, Petra Jaya di sini hari ini. 

Pengerusi PPWS,  Dato Hajah Norhyati binti Haji Mohd Ismail dalam ucapannya berkata, resepi-resepi cucur dalam buku ini adalah yang terbaik dan telah dipilih melalui Program Pertandingan Aneka Cucur yang disertai oleh ahli-ahli PPWS seluruh Sarawak.

“Lima buah kawasan PPWS iaitu PPWS Kawasan Kuching/Samarahan, PPWS kawasan Sri Aman, PPWS kawasan Sibu/Sarikei/Kapit, PPWS kawasan Miri/Bintulu dan PPWS kawasan Limbang/Lawas telah menganjurkan Pertandingan Aneka Cucur pada tahun 2017,”. 

PPWS tampil dengan Penerbitan buku resepi kali ini bertemakan aneka cucur yang telah diwarisi dari zaman ke zaman termasuk rekaan dan idea-idea menghasilkan resepi Baru yang kreatif.

Proses penerbitan buku resepi ini diketuai oleh Aishah Edris dan dibantu oleh beberapa orang AJK Negeri serta kakitangan PPWS iaitu Kamariah Haji Harmi,  Hamimah Haji Hasbullah, Norjanah Haji Razali,  Rhohanniza Amika dan  Azierah Jumaat.

Buku ini dijual dengan harga RM10 senaskah dan boleh didapati di booth PPWS pada hari ini bertempat di ruang legar Mydin Petra Jaya.

Selain melancarkan Buku Resipi Aneka Cucur PPWS pada hari ini,  Datin Patinggi Dato Juma’ani turut merasmikan Bazaaria @ PPWS.

Sebanyak 21 buah gerai jualan dibuka sempena Program Bazaaria PPWS ini dengan lokasi pertama di Kuching dan PPWS memilih untuk diadakan di Pasaraya Mydin, Petra Jaya ini. 
Antara produk jualan ialah makanan kering, kuih-muih, pakaian dan tudung, urutan kesihatan, kraftangan dan jahitan, barangan terpakai, produk kecantikan, baja dan tumbuhan serta jualan buku dan majalah.

Agensi-agensi yang turut mengambil bahagian dalam Program Bazaaria @ PPWS ini ialah Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Permodalan Usahawan National Berhad (PUNB), SME Corporation dan TEKUN. PPWS menghargai kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi ini dalam menjayakan program PPWS. Tujuan PPWS menjemput agensi-agensi berkaitan keusahawanan ini agar usahanita PPWS dan orang awam mengenal fungsi agensi yang ada pada hari ini serta mengetahui bantuan atau sokongan yang dapat diambil peluang oleh usahawan di Sarawak. 

Antara lain tujuan program ini diadakan ialah untuk membantu mempromosikan produk usahanita PPWS kepada orang ramai, meningkatkan sumber ekonomi ahli-ahli PPWS melalui aktiviti jualan, mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melahirkan suasana keluarga yang bahagia serta sebagai pengenalan dalam memperkenalkan produk ahli-ahli PPWS dengan mengambil kira bulan Ramadan yang akan tiba.

Dato Norhyati  juga memaklumkan PPWS mempunyai seramai 500 orang usahanita seluruh Sarawak yang menceburi bidang jualan makanan basah dan kering, kraftangan, jahitan dan sebagainya. 

PPWS juga mempunyai sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS) yang dipengerusikan oleh Puan Norjanah Razali. 

Tambahnya, PPWS amat berbangga sekali kerana Timbalan Pengerusi PPWS iaitu Norjanah Razali telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh bagi Sesi 2019-2022. 

PPWS telah menjadi Ahli Bersekutu kepada ACWW ini sejak tahun 1964 dan semenjak itu, PPWS menjadi salah sebuah Pertubuhan yang bergerak aktif dalam persatuan antarabangsa.

Kemudian, Datin Patinggi Dato Juma’ani turut melawat kesemua 21 gerai jualan dan turut menyaksikan Pertandingan mewarna kanak-kanak yang diadakan sempena pembukaan Bazaaria PPWS.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Datin Siti Shorgayah binti Ahmad Zaidin, Bendahari SABATI.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...