KAWASAN PEDALAMAN TIDAK DIPINGGIRKAN UNTUK MENIKMATI KEMAJUAN DIGITAL

BUKIT MABONG, 27 April 2019 : Menyedari akan hakikat pentingnya teknologi digital pada masa kini, kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah melancarkan majlis "Merapatkan Jurang Digital Masyarakat Pedalaman" bertempat di Long Busang, Bukit Mabong, Kapit.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Menurut YAB Ketua Menteri, pembinaan menara di kawasan Long Busang ini adalah merupakan satu usaha kerajaan Sarawak untuk membawa dan menghubungkan kawasan yang terpencil ke dunia luar. Walaupun masih dalam frasa percubaan, namun sekiranya beroleh kejayaan, maka ia adalah untuk kebaikan bersama.

"Selalunya hubungan ini agak sukar kerana bergantung kepada signal. Dan signal ini bergantung kepada keadaan persekitaran. Jika dilihat keadaan di Long Busang, banyak bukit dan gunung yang menjadi salah satu cabaran bagi menjayakan usaha ini. Tetapi kalau kita ada cara baru, signal itu boleh mencapai ke atas (satelit) dan signal itu akan dihantar kembali ke bawah (kepada penerima). Sekiranya kita berjaya, maka kita telah mencapai ke satu tahap yang lebih baik daripada yang lain".

Ujar beliau lagi, selain di Long Busang, satu lagi kawasan yang dalam percubaan adalah Long San, Baram. Projek tersebut akan dianak angkat oleh pihak SMA yang mana pihak SMA akan melihat dan meneliti cara serta kaedah perhubungan digital dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar khususnya kawasan terpencil.

Menyentuh mengenai permohonan untuk penambahbaikan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air, YAB Ketua Menteri dalam ucapan beliau berkata, kerajaan Sarawak akan berusaha untuk meneliti dan merancang sebaiknya dalam memberikan keselesaan kepada rakyat untuk jangka masa yang panjang.

Turut disampaikan semasa majlis adalah sumbangan kepada Jawatankuasa Gereja SIB Long Busang dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Rahmah yang mana masing-masing menerima geran kerajaan bernilai RM50,000.







No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...