Seramai 284 Belia Miri Tonjol Keupayaan Diri menerusi T4T.  



MIRI: Seramai 284 belia dari Miri berpeluang menonjolkan potensi keupayaan diri sebagai pemimpin berkualiti masa depan menerusi Program Today For Tomorrow (T4T) Pertiwi.

Program tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 April lepas.

Ia merupakan program transformasi belia yang julung kalinya diadakan tahun ini sebagai mempersiapkan anak-anak muda Sarawak dengan kemahiran dan jati diri sebagai pelapis kepimpinan masa depan Ibu Pertiwi, Sarawak.

Acara kemuncak program itu nanti ialah para peserta akan berpeluang berinteraksi dengan pemimpin nombor 1 Sarawak, YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di Dewan Masyarakat Bekenu pada 12 hingga 14 April ini.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...