Lelaki hilang semasa berburu, dijumpai selamat 



LAWAS: Seorang penduduk dari Long Sukang yang dilaporkan hilang selepas keluar berburu bersama rakannya sejak Rabu lepas dijumpai selamat tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin berkata mangsa Kawas Meripa 46, dijumpai dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi.

“Mangsa ditemui di kawasan Simpang Stamping Berayong oleh penduduk kampung yang mencarinya lalu dibawa ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut,”katanya pada kenyataan kepada media sebentar tadi.

Jelasnya penduduk kampung juga menggunakan alat gong dalam usaha menjejaki mangsa.

Hampir 50 penduduk kampung dari Long Sukang dan Long Semadoh terlibat dalam pencarian mangsa selain empat anggota dari BBP Lawas yang bergerak ke lokasi kejadian jauhnya sejam 30 minit dari balai. – Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...