Enam sekeluarga selamat rah terbakar di Gedong 





SIMUNJAN: Sebuah rumah satu tingkat jenis separuh kekal di Kampung Kanchong Baru, Gedong di sini musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.45 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian didapati kebakaran telah memusnahkan 70 peratus struktur bangunan dan kedudukan rumah adalah jauh dari rumah rumah-rumah yang lain.

“Gerak kerja pemadaman api menggunakan satu aliran dengan dua nozel serta mendapatkan sumber air terbuka dari parit berdekatan dan api berjaya dikawal pada pukul 2.48 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya juga, kesemua penghuni rumah yang terdiri daripada enam orang berjaya menyelamatkan diri sebelum api menjadi semakin marak.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...