Dewi muncul semula dengan single Inggeris pertama I Love You




DEWI LIANA SERIESTHA
SETELAH membuat kemunculan dalam industri hiburan dan memenangi beberapa gelaran dunia untuk bakat nyanyian beliau, penyanyi kelahiran Kuching, Dewi Liana Seriestha terus menceburkan diri keluar dari zon selesa dengan membuat kemunculan semula menerusi single baharu ‘I Love You’.
Tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang sudah dikecapinya, penyanyi pop dan klasik, model dan bekas pemenang gelaran Miss World Talent pada tahun 2014 ini sekali lagi mencabar dirinya dengan mengeluarkan single Inggeris pertama selepas single pertama ‘Seindah Berdua’ yang dikeluarkan pada tahun 2017.
Ketika dihubungi Utusan Borneo baru-baru ini, Dewi berkata beliau sibuk membuat rakaman dan melakukan penggambaran untuk video muzik lagu baru tersebut di Negeri Sembilan.
“Selepas ‘Seindah Berdua’ muncul di antara 30 lagu teratas dalam negara yang dipilih ke separuh akhir Muzik-Muzik pada bulan November tahun lepas, saya terus menge-luarkan single saya yang kedua ‘I Love You’ tahun ini.
“Kini, saya sibuk dengan pembuatan video muzik untuk single Bahasa Inggeris pertama saya itu sebelum saya bergerak untuk menghasilkan lagu ketiga saya. Video muzik ini akan dikeluarkan tidak lama lagi,” jelas beliau.
Dewi berkata bahawa ‘Seindah Berdua’ dan ‘I Love You’ boleh didapati secara dalam talian melalui platform iTunes, Spotify, Joox, KKBox, Apple Music, YouTube dan Amazon.
“Terima kasih kepada penyokong saya dan saya berharap mereka akan terus menyokong saya. Sebagai balasan, saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua,” kata penyanyi berusia 29 tahun berdarah campuran Indonesia, Cina dan Bidayuh dan telah mengejar kerjaya muzik selama lebih dari 13 tahun.
Dewi memulakan kerjayanya dalam dunia muzik dan hiburan Malaysia pada usia 16 tahun sebagai peserta pada musim pertama siri nyanyian realiti, ‘Mentor’ di bawah bimbingan vokalis Liza Hanim.
Selepas sekolah menengahnya, beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan menghabiskan masa selama empat tahun mengasah bakat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Semasa melanjutkan pengajiannya bagi Diploma Muzik (vokal klasik), Dewi sering menyanyi di majlis-majlis peribadi selain turut menjinakkan diri dalam lakonan.
Pada bulan Julai 2014, beliau mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts di Los Angeles dan meraih enam anugerah dalam kategori vokal.
Dewi terus mewakili Malaysia di Miss World 2014 beberapa bulan kemudian.
“Terdapat pelbagai gelaran subsidiari untuk dimenangi dan saya telah menetapkan diri untuk memenangi gelaran Miss Talent.
“Pada mulanya, saya tidak tahu jika saya boleh membawa lagu dari ‘The Phantom of the Opera’ tersebut, tetapi saya bekerja keras dan berlatih selama tiga jam setiap hari dengan jurulatih vokalis (Datuk) Syafinaz Selamat,” kata Dewi yang akhirnya muncul sebagai juara menewaskan Miss Scotland dalam kategori bakat.
Tidak dinafikan, pencapaian antarabangsa telah membuka pintu kepada Dewi untuk pelbagai peluang dalam pengacaraan dan peragaan serta minat sepanjang hayatnya iaitu menyanyi. Dia kemudian menandatangani dengan Warner Music Malaysia pada tahun 2015.
“Ketika saya kembali, Warner telah menghubungi saya. Saya amat berbesar hati kerana ia bermakna mereka merasakan diri saya cukup baik untuk menjadi sebahagian daripada label muzik antarabangsa, “katanya.
Bercakap mengenai lagu ‘Seindah Berdua’, lagu pertama yang dikeluarkan oleh Warner, Dewi berkata: “Ini adalah salah satu impian terbesar saya untuk memiliki lagu di separuh akhir Muzik-Muzik. Lagu itu istimewa kerana ia menggabungkan unsur pop dan klasik. “
Semasa pertandingan Muzik-Muzik 33 tahun lalu, Dewi menyampaikan lagu ‘Seindah Berdua’ dan bersaing dengan penyanyi yang juga merupakan bekas mentor beliau di Mentor iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu ‘Mimpi’.
Dewi berkata sepanjang tahun lalu, beliau dan Liza berada di pentas yang sama sebagai mentor dan protégé.
Beliau teruja tetapi juga gugup ketika itu kerana mereka berada di pentas yang sama namun pada kali ini sebagai artis yang bersaing antara satu sama lain.
“Liza memberitahu saya dia tahu saya telah melalui banyak perkara, dan dia bangga dengan saya untuk semua perkara yang telah saya capai selama ini,” katanya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...