Lapangan Terbang Miri dinaik taraf


MIRI: Pesawat lebih besar dijangka dapat mendarat di Lapangan Terbang Miri apabila kerja menaik taraf laluan masuk utama di utara Sarawak itu dilaksanakan dengan peruntukan sejumlah RM20 juta.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin, berkata tender untuk kerja menaik taraf lapangan terbang itu sudah dibuka manakala projek dijangka bermula selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kementerian Pengangkutan bersetuju supaya Malaysia Airport Berhad (MAB) melaksanakan projek menaik taraf lapangan terbang itu tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kim Shin berkata, usaha menaik taraf lapangan terbang itu dijangka mampu meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke utara negeri ini.

Beliau berkata, ia juga membolehkan pendaratan lebih banyak pesawat besar yang melakukan penerbangan terus dari luar negara ke Miri.

Katanya, langkah itu bakal meningkatkan keupayaan pengendalian penumpang di lapangan terbang berkenaan kepada tiga juta orang setahun.

“Apabila siap kelak, saya yakin ia mampu menambah penerbangan antarabangsa terus ke Miri.

“Buat masa ini, Miri hanya mempunyai satu penerbangan terus dari Singapura menerusi syarikat AirAsia dengan dua penerbangan setiap hari,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...