TERKINI: Korban serangan di Sri Lanka meningkat 137



Anggota keselamatan di lokasi letupan di gereja St Anthony, di Kochchikade, Colombo. - Foto EPA

COLOMBO: Angka korban siri letupan yang mensasarkan hotel dan gereja di Sri Lanka hari ini meningkat kepada 137, termasuk sembilan warga asing, kata polis.
Pegawai berkenaan, yang enggan dikenali, berkata sekurang-kurangnya 45 maut di Colombo, yang menyaksikan tiga hotel dan sebuah gereja diserang.
Sementara 67 lagi terbunuh dalam serangan di gereja di Negembo di utara ibu kota Sri Lanka manakala 25 lagi kematian dilaporkan di gereja di bandar Batticaloa, di timur negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...