Yang di-Pertuan Agong Mengurniakan Watikah Pelantikan Kepada 13 Anggota Majlis Islam Sarawak

 KUCHING: Seramai 13 orang anggota-anggota Majlis Islam Sarawak (MIS) dikurniakan watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Majlis Sembah Taklimat Majlis Islam Sarawak dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak, Mufti Negeri Sarawak dan Anggota-Anggota Majlis Islam Sarawak di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, pagi ini.

 Majlis dimulakan dengan penyampaian Taklimat Majlis Islam Sarawak yang disampaikan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

Taklimat tersebut menceritakan sejarah penubuhan Majlis Islam Sarawak dan pentadbirannya di Sarawak selain mengisahkan sejarah kedatangan Islam di Sarawak.

Hadir sama Tuan Yang Terutama DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda (Bekalan Elektrik Luar Bandar) YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Selepas itu, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 13 orang anggota-anggota Majlis Islam Sarawak yang terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Timbalan, Mufti Negeri Sarawak, Setiausaha dan anggota-anggota Majlis Islam Sarawak.

Mendahului pengurniaan watikah pelantikan ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu bin Haji Taha dan diikuti Mufti Negeri Sarawak Datu Haji Kipli bin Haji Yassin serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Profesor Datuk Dr Haji Mohamad Kadim bin Haji Suaidi.

Ini diikuti Setiausaha Majlis Islam Sarawak Haji Khalidi bin Haji Ibrahim dan beberapa anggota Majlis Islam Sarawak antaranya Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah, Datu Haji Sarudu Haji Hoklai, Datu Abu Bakar bin Abdullah @ Tom Belarek, Dato Haji Helmi Haji Gol, Saferi bin Ali, Dr Haji Wan Ali Tuanku Madhi, Haji Hilmy Haji Othman, Hajah Amnah Salleh dan Dayang Nurfizawati Datuk Abang Haji Abdul Karim. 

Pada tengahari ini, Yang di-Pertuan Agong akan bersama rakyat di Masjid Darul Hana bagi menunaikan sembahyang Jumaat sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada petang nanti. 






No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...