FAS desak Kevin letak jawatan




KUALA LUMPUR: Adakah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan menarik diri daripada menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan rakan kongsi Liga Bolasepak Malaysia (MFL)?
Itu kemungkinan berlaku sekiranya desakan supaya Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam meletak jawatan tidak diendahkan.

Malah, Presiden FAS, Datuk Posa Majais yang melancarkan ‘perang’ terhadap Kevin masih tidak berganjak dengan tuntutan itu malah menegaskan sedia mengambil langkah drastik untuk memastikan ‘bos’ MFL itu meletak jawatan.

“Kita bukan mahu membubarkan MFL namun saya harapkan pengurusan tertingginya supaya meletak jawatan. Begitu juga dengan ‘bosnya’, kalau hanya berdiam diri lebih baik berundur diri secara terhormat.

“Justeru, saya tetap dengan pendirian supaya Kevin meletak jawatan dengan segera. MFL yang berdepan masalah kewangan, merekalah yang sebenarnya sedang berhutang dan bukannya pasukan.

“Jadi, Kevin perlu meletak jawatan sebelum saya mengambil langkah seterusnya. Saya tidak mahu maklumkan apa langkahnya, jadi kita tunggu dahulu,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Mengulas lanjut mengenai sokongan yang dizahirkan beberapa rakan kongsi MFL kepada Kevin menerusi beberapa kenyataan beberapa hari ini, Posa menganggap ia lebih kepada ‘jalan selamat’.

“Kalau dilihat, individu yang memberi sokongan itu cumalah pengurus ataupun Exco pasukan sahaja. Kalau ada Presiden pun, mungkin hanya seorang dua.

“Sebenarnya, ramai yang mengadu kepada saya mengenai ketidakpuasan hati namun saya faham mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan seperti saya. Mungkin sebab itulah mereka mengambil langkah selamat seperti itu,” katanya.

FAM wajar diberi kuasa penuh Kelmarin, Posa menuntut Kevin meletak jawatan dengan menyenaraikan beberapa kelemahan dan kegagalan MFL dalam menjaga hak kepentingan rakan kongsi termasuk kegagalan perjanjian penajaan terbesar bersama Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini.

Selain itu, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony juga mahu FAM kembali diberikan kuasa penuh bagi mengendalikan liga bola sepak profesional di negara ini.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...