Dadah: Lelaki Warga Asing Ditahan

BINTULU:  Polis menahan seorang pengangur lelaki warganegara asing  disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan merampas satu paket  lutsinar dan satu keratan  tiub straw lutsinar kemerahan berisi  ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat  5.10 gram di hadapan 
sebuah klinik di Jalan Abang Galau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden   Zulkipli Suhaili berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik  Bintulu  yang membuat pemantauan dan risikan di kawasan  berkenaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan ke atas badan saspek, pihak polis menjumpai satu   tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu berat kasar keseluruhan 5.10 gram dengan nilai pasaran kira- kira RM600.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati suspek  turut positif  dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,ujarnya sambil menambah  semakan rekod polis turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah  Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta  Dadah Berbahaya 1952 yang mana bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A(1)  ADB 1952 jika disabitkan kesalahan, penjara tidak kurang dua tahun dan  tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga, tidak lebih  sembilan kali.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pula, jika sabit  kesalahan, pesalah boleh dikenakan  denda tidak melebihi  RM5,000 
atau penjara tidak melebihi  dua tahun selain turut diletak di bawah  pengawasan untuk tempoh dua tahun.

Zulkipli, dalam pada itu, memohon  kerjasama orang awam supaya tampil  menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan penyalahgunaan atau pengedaran dadah di bahagian ini.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...