Cabul pekerja premis hiburan, lelaki dipenjara 12 bulan


Tertuduh (kiri) diiringi polis di pekarangan Mahkamah Sibu hari ini.
Tertuduh (kiri) diiringi polis di pekarangan Mahkamah Sibu hari ini.
SIBU: Seorang pemuda yang mencabul seorang pekerja premis hiburan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Faizal Che Saad selepas tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan berkuat kuasa hari ini.
Sliff Romardo Rumpang, 21, dari Kuala Baram, Miri didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 32 tahun di sebuah premis hiburan di Sungai Merah kira-kira pukul 11.50 malam pada 2 April lalu.
Dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disenaraikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut.
Berdasarkan fakta kes, mangsa pada hari kejadian yang hendak mencuci tandas, diekori oleh tertuduh yang cuba menarik seluar dan tangannya sebelum menolaknya ke dalam tandas.
Semasa tertuduh cuba membuka seluarnya, mangsa terus menendangnya. Tersentak dengan tindakan mangsa, tertuduh mengasarinya dengan mencekik lehernya dan mangsa kemudian menjerit bagi mendapatkan bantuan.
Jeritan itu telah didengari oleh anak majikan mangsa yang kemudian datang membantunya.
Mangsa membuat laporan polis mengenai insiden itu. Bertindak atas laporan dan siasatan yang dijalankan, tertuduh ditangkap di lokasi.
Siasatan awal mendapati mangsa cuba menghalang perbuatan tertuduh itu. Terdapat saksi pada insiden tersebut yang melihat tertuduh ke tandas.
Pemeriksaan perubatan terhadap mangsa juga mendapati bahawa ada kecederaan tisu di bahagian leher yang dialami oleh mangsa akibat dicekik.
Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh memohon agar hukumannya diringankan kerana berasal dari keluarga miskin.
Dalam pertuduhan lain, tertuduh juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan mencekik lehernya.
Tertuduh dilihat tidak membantah tuduhan yang dibacakan kepadanya sekali gus dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM1,000 dan jika gagal membayarnya, akan dipenjarakan satu bulan.
Tuduhan itu disenaraikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dibuat oleh pegawai pendakwa polis Inspektor Badrul Iskandar Selamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...