Cabul pelayan pusat hiburan, lelaki diberkas




Suspek diberkas selepas disyaki mencabul seorang pelayan pusat hiburan.

SIBU: Seorang lelaki diberkas selepas disyaki mencabul seorang pelayan di sebuah pusat hiburan di Sungai Merah di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, tangkapan ke atas suspek yang berusia 20 tahun itu dibuat sekitar pukul 12.29 tengah malam.

Dalam kejadian sekitar 11.50 malam pada Selasa, mangsa, 31, sedang membersihkan tandas di pusat hiburan tersebut apabila dihampiri oleh suspek.

"Suspek menarik tangan dan menolak mangsa ke satu sudut dan cuba membuka seluarnya tetapi tidak berjaya apabila mangsa melawannya dengan sekuat tenaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kemudian mencekik leher mangsa tersebut dan cuba merabanya.

"Dalam pergelutan itu, mangsa berjaya menendang alat sulit suspek yang cuba meraba dan membuka seluarnya sebelum jeritannya didengar oleh anak majikan (saksi)," jelasnya. 

Saksi yang bergegas masuk ke tandas kemudian menahan suspek sehingga polis tiba di lokasi kejadian.

Stanley berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Suspek akan direman dan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk saringan air kencing," tambah beliau.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...