Dadah: Dua lelaki dicekup di Dalat




Antara barangan dirampas oleh polis Mukah pada Selasa

MUKAH: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam serbuan berasingan di sini pada Selasa.

Bertindak atas maklumat dan risikan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah membuat serbuan di dua lokasi berasingan di Dalat sekitar pukul 10.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, dua suspek yang diberkas berumur dalam lingkungan 30an.

"Dalam pemeriksaan yang dijalankan, polis menjumpai barang terlarang iaitu dadah jenis methampethamine dari kedua-dua suspek," katanya kepada Utusan Borneo. 

Jimmy berkata, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...