Ketua Menteri Sarawak Menyampaikan Anugerah Luminari AIFFA 2019 Kepada Artis Hollywood Steven Seagal



KUCHING: Anugerah Filem Festival Antarabangsa ASEAN 2019 sampai di kemuncaknya di AIFFA 2019 Gala Night yang berlangsung di Hotel Pullman, malam tadi.

Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan dalam AIFFA 2019 yang menyaksikan dua kategori berjaya dimenangi Malaysia dalam kategori Artis Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi Amerul Affendi menerusi Filem Crossroads: One Two Jaga dan Pengarah Terbaik dimenangi Nam Ron juga menerusi Filem Crossroads: One Two Jaga.

Sebanyak 100 filem daripada 10 negara-negara Asia Tenggara menyertai pertandingan dalam 9 kategori filem yang berlangsung 25 hingga 27 April 2019.

Pada majlis itu, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah menyampaikan Anugerah Luminari AIFFA 2019 kepada bintang filem Hollywood Steven Seagal.

Turut disampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AIFFA 2019 yang dianugerahkan kepada pengarah dan artis Indonesia Slamet Rahardjo.

Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan artis-artis dari negara-negara ASEAN seperti Aubrey Suwito, Sheila Majid, Harvey Malaiholo, Jacklynn Victor, Marlo Mortel dan Salena Tan.

Anugerah Filem Festival Antarabangsa ASEAN 2019 kini telah memasuki tahun ke 4 penganjurannya sejak 2013 dan merupakan salah satu aktiviti yang telah disenaraikan di dalam Kalender Tahunan Pelancongan Sarawak.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Tan Sri Haji Morshidi Abdul Ghani.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...