DUA bendera ini mempunyai makna besar di dalam kronologi bersejarah Sarawak Bumi Kenyalang.Bendera lama yang menjadi saksi bisu Sarawak dibawah Brooke dan Koloni Mahkota Sarawak British Borneo dan seterusnya bendera baru yang dilahirkan tatkala Sarawak sudah menjadi pembentuk Negara Malaysia.
Hampir 56 tahun lamanya Sarawak menubuhkan Negara Malaysia bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura (menarik diri pada tahun 1965).
Pelbagai onak nan berduri yang Sarawak telah tempuhi. Pada ketika dan saat ini mungkin sejarah akan tercipta bila Kerajaan Persekutuan berjanji akan menyerahkan semula status dan hak orang Sarawak.
Untuk itu kepada semua rakyat Sarawak yang bertebaran di muka bumi yang fana ini tanpa mengira bangsa dan agama serta pegangan politik, marilah kita seia sekata menyokong Kerajaan Sarawak yang sedang "Berjuang" untuk mengembalikan semula hak kita sebagai orang Sarawak.
Bak kata orang Sarawak,.."Mun bukan kita urang Sarawak yang support, sapa agik mok support? Dah lamak gilak hak kita tok diperam sidak sinun dalam tempayan..."
Jaga Sarawak bait-bait.
#SuaraAnakSarawak
#HakBersuaraHakKami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjulang trofi apabila menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto...
-
SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan Thi Huong se...

No comments:
Post a Comment