RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 dikemas kini dengan huraian asal

Menurutnya perubahan itu dibuat selepas bacaan pertama RUU menerima banyak maklum balas dari pihak akar umbi dan ahli parlimen.
Katanya huraian itu akan dibaca pada bacaan kedua RUU pindaan yang dijangka pada petang esok. (Selasa)
"Selepas bacaan pertama (Khamis) lepas, kita menerima beberapa permintaan daripda pihak akar umbi dan ahli parlimen untuk menambah baik perkataan 'Negeri' seperti pembentukan pada tahun 1963.
"Perdana Menteri dan Peguam Negara telah meneliti huraian berkenaan dan mereka tiada masalah mengenainya," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini, semalam.
Tambah Liew, huraian asal pada tahun 1963 Persekutuan Malaysia terdiri daripada
(i) negeri-negeri Malaya dan
(ii) negeri-negeri Borneo adalah Sarawak dan Sabah.
Sementara itu katanya dalam RUU pindaan Perkara 1(2) 2019 di bawah Fasal (2) bahawa Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada 
(a) Johor, Kedah, Kelantan,Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dan
(b) Sabah dan Sarawak
Jelas Liew sebelum RUU berkenaan dibaca buat kali pertama ia perlu mendapat kelulusan kabinet.
"Sebelum itu juga kita telah meminta ulasan atau pandangan daripada semua pihak berkepentingan dari semua negeri.
"Namun tiada yang membantah mengenai cadangan pindaan dan pada saya mereka bersetuju dengan cadangan," katanya.
Tambah beliau pindaan berkenaan sepatutnya berlaku atau dikemukakan pada pentadbiran kerajaan terdahulu.
Namun kata Liew ia hanya dibentangkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang belum setahun memerintah.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...