Kerajaan PH gagal lihat keperluan pendidikan di Sarawak

IGAN: Kerajaan Persekutuan sering melaungkan agenda pendidikan yang fundamental dan memberi keutamaan kepada pendidikan tetapi penarikan balik perjanjian kontra RM1 bilion membuktikan mereka cuma pandai berjanji.


Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, perkembangan terbaru membuktian Kerajaan Pakatan Harapan membuat pusingan U yang besar tanpa melihat keperluan pendidikan Sarawak.

“Perkembangan terbaru ini jelas mendukacitakan Kerajaan Sarawak. Ini satu lagi keputusan berubah-ubah kerana sebelum ini perkara itu telah mencapai kata persetujuan,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Semalam Putrajaya menerusi Kementerian Pendidikan menolak kaedah bayaran kontra RM1 bilion dipersetujui sebelum ini dengan Kerajaan Sarawak bagi menangani isu sekolah daif di negeri ini.

Kaedah bayaran kontra tersebut dipersetujui antara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada satu pertemuan di sini Februari lepas.


Gambar hiasan


Bagaimanapun semalam, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong mengumumkan Kerajaan Persekutuan mahu pinjaman RM1 bilion tersebut dibayar pula sebagai bayaran pendahuluan.

Kata Manyin, Kementerian Pendidikan tidak mahu bayaran kontra sebaliknya mereka mahu bayaran pendahuluan.

Tambah Ahmad Johnie, Kerajaan PH tidak patut melengahkan lagi projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak kerana keadaan sangat kritikal.

“Mereka sepatutnya sedar bahawa salah satu sebab utama mengapa pencapaian pelajar Sarawak dalam PMR,SPM dan STPM tidak dapat menandingi Semenanjung Malaysia dari segi pencapaian peringkat kebangsaan adalah kerana situasi sekolah sangat daif.

“Pelajar tidak mendapat persekitaran yang kondusif dan selesa. Malah sesetengah sekolah pedalaman terlalu daif? Tidak bersimpatikah mereka dengan pelajar Sarawak?,” katanya.

Ahmad Johnie menambah, Kerajaan PH sewajarnya menjunjung prinsip kemanusiaan yang mementingkan peluang pendidikan sama rata bagi pelajar di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...