500 orang peserta sertai Gotong-Royong Perdana di Kampung Debak




DEBAK: Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Daerah Kecil Debak 2019 telah berlangsung di sini hari ini.

Program yang bermula dari pukul 7 pagi itu telah menarik kira-kira 500 orang peserta yang rata-rata terdiri dari penduduk Kampung Debak.

Ia merupakan program anjuran Pejabat Daerah Kecil Debak yang melibatkan keseluruhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kecil Debak.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 YB Mohamad Razi Sitam pada pukul 10 pahi bertempat di Pekarangan Terminal Bas Debak.

Program sebegini telah banyak memberi kesan positif terutama sekali memberi kesedaran penduduk kampung betapa pentingnya bekerjasama mengamalkan kebersihan.

Selain memupuk semangat kesatuan semua lapisan masyarakat, program gotong royong turut memberi peluang kepada barisan JKKK untuk merapatkan jurang di antara penduduk kampung dengan pemimpin tempatan.

Turut terlibat sama semasa program berkenaan ialah, Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Angkatan Pertahanan Awam Betong, Jabatan Kesihatan Betong, Pejabat Residen Bahagian Betong, Pejabat Daerah Betong dan Anggota Rela Betong.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...