ISU perpindahan Ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah mendapat tempat di dada akhbar tempatan pada dua hari ini. Ini berikutan satu pekeliling yang sudah tular akan hal tersebut sehingga ianya mampu mengejutkan pengamal undang-undang di Sarawak itu sendiri.
See Chee How yang merupakan Timbalan Presiden PKR Sarawak yang juga seorang pengamal undang-undang awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa tindakan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena kerana Ibupejabat Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah selama ini sudahpun ada Kuching sejak pembentukan Malaysia lagi. Rasional untuk memindahkannya ke Kota Kinabalu perlu sebab musabab yang kukuh.
Pautannya seperti ini:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/21/pejabat-pendaftar-mahkamah-tinggi-sabah-dan-sarawak-di-kuching-pindah-kk?fbclid=IwAR3jH8MxfZ7tjySoC8F7JPB-Z_5mwgRK6ldnAKUxrF85Lcw6TdJ9qYHqZuc
Manakala seorang pengamal undang-undang tersohor Sarawak iaitu Shankar Ram pula menyatakan bahawa pekeliling yang bertarikh 19 April 2019 itu amat meragukan kerana bukanlah sewenang-wenangnya membuat perpindahan ibupejabat Mahkamah Tinggi kerana ianya tercatit sepenuhnya di dalam Artikel 121(4) Perlembataan Persekutuan. Ia menyatakan bahawasanya bagi menentukan kedudukan ibupejabat bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, YDP Agong haruslah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang sebelumnya telahpun berbincang dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta Ketua Hakim Mahkamah Tinggi.
Pautannya seperti berikut:
https://dayakdaily.com/legal-shocker-registry-headquarters-of-the-high-court-of-sarawak-and-sabah-to-be-moved-to-kk/?fbclid=IwAR02UaoEVzvtye7F5h3wYhnDu7XRLojORfd8wgXbX8aVXF22rYlbCsaz_s0
Pokok persoalannya sekarang apakah sebab pihak Persekutuan ingin memindahkan ibupejabat tersebut ke Kota Kinabalu dari ianya berada di Kuching? Apakah ada udang disebalik mi keputusan ini diambil secara tiba-tiba kerana Sarawak diterajui oleh satu kerajaan yang bukan di dalam pasukan PH sedangkan hakikatnya mahkamah itu kewujudannya harus tiada unsur-unsur politik sama sekali.
Dan apakah ada lagi isu perlanggaran perlembagaan dilakukan kerana sekiranya Perdana Menteri tidak pernah berbincang mengenai hal tersebut dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak ianya adalah sesuatu yang salah.
Sekarang, rakyat begitu peka dengan sebarang perlembagaan negara dan sentiasa mahukan apa yang ditulis haruslah dihormati sepertimana yang diwar-warkan iaitu menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
-RP-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment