Wanita rugi RM2,590 terpedaya tawaran pinjaman




LIMBANG: Seorang wanita rugi sebanyak RM2,590 akibat terpedaya dengan tawaran pinjaman tidak wujud melalui melalui aplikasi ‘Whatsapp’.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, mangsa yang berbangsa Bisaya, 21, menerima mesej daripada seorang lelaki menawarkan pinjam wang daripada sebuah syarikat pinjaman wang.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut bersetuju membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000.
“Suspek kemudian meminta mangsa supaya membuat pembayaran pendahuluan proses pinjaman sebanyak RM450 dan RM2,140 bagi pembayaran ansuran proses pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa Kamal berkata mangsa membuat transaksi tunai ke akaun bank suspek pada 16 Mac lalu berjumlah RM2,590.

“Mangsa sedar dirinya ditipu selepas suspek banyak memberikan alasan dan tidak dapat dihubungi oleh mangsa selepas pembayaran dibuat,” ujarnya.
Gambar hiasan-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...