Serangan tembakan di Belanda disebabkan isu keluarga



Gokmen Tanis (gambar kecil) masih belum diberkas. - Foto Agensi

ANKARA: Suspek 37 tahun dalam insiden tembakan ‘bermotifkan keganasan’ dalam sebuah tram di bandar Utrecht, Belanda dikatakan menyasarkan salah seorang ahli keluarganya, lapor beberapa media Turki.
Setakat ini, Gokmen Tanis yang dilahirkan di Turki masih belum berjaya diberkas, selepas insiden tembakan, semalam.

Beberapa ahli keluarga Tanis di Turki memaklumkan kepada agensi berita Anadolu bahawa suspek melepaskan tembakan ke arah seorang ahli keluarga atas sebab pertikaian domestik. Dia kemudian menembak orang lain yang masuk campur, katanya.

Awal semalam, polis Belanda memuat naik gambar Tanis di Twitter, ia dipercayai dirakam dengan kamera litar tertutup (CCTV) tram hanya empat minit, sebelum insiden tembakan pada jam 10.45 pagi waktu tempatan.

Orang awam digesa mencari suspek, namun dinasihatkan supaya jangan mendekatinya, kata polis.

Dalam pada itu, beberapa akhbar di Belanda termasuk Algemeen Dagblad melaporkan Tanis sepatutnya hadir ke mahkamah pada 4 Mac lalu atas satu kes rogol, dia dituduh melakukan beberapa serangan seks terhadap mangsa dan mengancam untuk membakar rumah beliau.

Pada 2013, dia disyaki cuba menyebabkan kematian dengan memulakan kebakaran terhadap sebuah pangsapuri dan beberapa tahun lalu, dia didakwa melakukan rompakan, mencuri, memandu dalam keadaan mabuk serta meludah polis di muka.

Tanis dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan kereta Renault Clio berwarna merah. Kereta itu kini ditinggalkan di Utrecht. - Agensi/ DailyMail

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...