Kerajaan Sarawak sentiasa sokong keharmonian, perpaduan dan solidariti rakyat



Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong keharmonian, perpaduan dan solidariti rakyat di negeri ini.

Jelasnya, Sarawak mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama dan segala perancangan dan aspirasi kerajaan tidak akan kesampaian sekiranya tidak ada elemen kestabilan.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah semasa Forum Keharmonian Antara Penganut Agama Sempena Sambutan World Interfaith Harmony Week 2019 di Kuching hari ini.

Tambahnya, kestabilan yang dimaksudkan itu hanya dapat dicapai dengan berakar umbikan penglibatan semua pihak.
Selain itu, Ketua Menteri Abang Johari menjelaskan bahawa jaringan antara masyarakat dengan kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan yang sedia ada amat penting supaya memudahkan penerapan dasar sampai kepada rakyat.

Rakyat pula akan mudah memahami dan menerima rancangan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan keharmonian, perpaduan dan solidariti rakyat di negeri Sarawak.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...