Uruguay, Thailand ke final Piala China



PEMAIN Uruguay, Nahitan Nandez (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola sambil diasak pemain Uzbekistan, Jaloliddin Masharipov pada perlawanan bola sepak Piala China 2019. - Foto AFP

HONG KONG: Uruguay bakal berdepan Thailand dalam perlawanan akhir Piala China Selasa ini selepas anak buah Oscar Tabarez itu menewaskan Uzbekistan 3-0 dalam aksi separuh akhir di Nanning, semalam.

Cristhian Stuani meledak dua gol selepas Gaston Pereiro meletakkan Uruguay di depan seawal lima minit aksi bermula sekali gus mara ke final berdepan Thailand yang sebelumnya menewaskan tuan rumah 1-0 pada Khamis.

Uzbekistan pula akan berdepan Chia yang dibimbing Fabio Cannavaro untuk tempat ketiga Selasa ini.

Pereiro memecah kebuntuan babak pertama menerusi rembatan kaki kiri untuk melepasi jangkauan penjaha gol Uzbekistan, Sanjar Kuvvatov sekali gus membantu Uruguay selangkah mengulangi pencapaian 2018 apabila muncul juara piala berkenaan.

Stuani kemudian menambah gol kedua 18 minit kemudian menewaskan Kuvvatov selepas menyudahkan umpanan Egor Krimets.

Stuani memastikan gol ketiga lapan minit sebelum tamat dengan rembatan kencang selepas menerima hantatan lintang Jonathan Rodriguez dari luar petak penalti. – Reuters

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...