Ribuan sertai perhimpunan Solidariti Kedamaian



ORANG ramai yang menyertai Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto BH

KUALA LUMPUR: Ribuan peserta menghadiri Perhimpunan Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka, pagi ini.

Seawal jam 6.40 pagi, peserta yang berpakaian putih mula berkumpul di pekarangan kompleks beli-belah Sogo sebelum memulakan perarakan.

Perarakan yang bermula jam 7.45 pagi diketuai barisan pemimpin antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.

Turut serta Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Perhimpunan ini disertai lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan agama seperti Islam, Sikh, Tao, Buddha, Kristian dan Hindu.

Perhimpunan ini adalah susulan serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi.

Selain itu tiga rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa insiden di sana adalah Mohd Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Antara pengisian perhimpunan itu ialah ucapan wakil-wakil agama, pelancaran Simbolik Solidariti Kedamaian dan Deklarasi Kedamaian KL 2019.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...