United mara, singkir PSG




MARCUS Rashford meraikan jaringan gol bersama rakan sepauskan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan. - Foto Reuters


GOL jaringan Marcus Rashford. - Foto AFP

PARIS: Manchester United mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas reviu VAR mencetus kemenangan  3-1  ke atas Paris Saint-Germain sekali gus layak ke suku akhir walaupun agregat terikat 3-3 tetapi United mara menerusi peraturan gol di tempat lawan, awal pagi tadi.


United bekerja keras untuk mengatasi defisit 0-2 susulan aksi pertama, pusingan 16 terakhir bulan lalu, namun dua gol Romelu Lukaku pada babak pertama di Parc des Princes memberikan mereka harapan.

Juan Bernat membalas satu gol buat PSG, namun mereka kelihatan tersingkir hinggalah drama pada saat akhir.

Pengadil dari Slovenia, Damir Skomina menghadiahkan sepakan penalti selepas mengkaji rakaman VAR apabila beliau dimaklumkan kemungkinan pertahanan PSG, Presnel Kimpembe memegang bola dalam kotak penalti.


MARCUS Rashford ketika mengambil sepakan penalti. - Foto EPA

Rashford mudah mengatasi Gianluigi Buffon untuk penalti itu ketika United memenangi perlawanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas kalah aksi pertama di laman sendiri.

Kemenangan tidak disangka-sangka mereka – susulan kebangkitan sama dilakukan Ajax terhadap juara bertahan Real Madrid 24 jam terdahulu – membantu mereka mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2014.

Kebangkitan United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer berterusan dengan bekas pemain dari Norway itu kini merakam sembilan kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan. – AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...