Gereja Baru St Peter’s Parish Bakal Jadi Mercu Tanda Penting Di Kuching 



Lukisan artis memaparkan Gereja St Peter’s Parish yang akan dibina

KUCHING: Gereja baru St. Peter’s Parish yang akan dibina tidak lama lagi di Padungan akan menjadi mercu tanda yang penting di landskap Kuching apabila selesai dibina, kata datuk bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk James Chan.


Chan mengatakan ini ketika menerima kunjungan kehormat oleh rektor parish, Father Vincent Chin di pejabat datuk bandar itu di bangunan MBKS semalam.


Reka bentuk gereja baru itu berdasarkan seni bina Gothic dengan tingkap kaca berwarna dan akan mempunyai kapasiti memuatkan sekurang-kurangnya 1,500 penyembah pada bila-bila waktu.


Pemandangan dari atas: Lukisan artis untuk Gereja St Peter’s Parish
Gereja itu dan kawasan luarnya akan mempunyai sebuah dewan serbaguna, pejabat dua tingkat, asrama lapan tingkat, kolabrium dua tingkat, 300 ruang letak kereta dan sebuah plaza.


(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post bertajuk, “New St Peter’s Church To Be A Prominent Landmark” bertarikh 2 Mac 2019)



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...