Cessna hantar terus hasil pertanian Sarawak ke Singapura



SIBU: Kerajaan Sarawak telah menempah pesawat jenis Cessna melalui Hornbill Skyways yang bakal digunakan untuk membawa produk pertanian ke Singapura dan pasaran strategi lain di rantau ini, kata Ketua Menteri di sini, semalam.

“Ia akan membawa tiga kontena bagi setiap penerbangan,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sesi dialog anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian sarawak (SCCI).

Jelasnya, kerajaan Sarawak komited untuk menyediakan persekitaran kondusif selain giat merangsangkan kegiatan pertanian bagi manfaat petani di luar bandar.

Ujarnya, pesawat itu nanti akan digunakan untuk menghantar produk pertanian dari kawasan pengeluaran, terus ke pasaran yang akhirnya mendatangkan kesan besar kepada bidang pertanian di negeri ini.

Namun, Abang Johari menjelaskan, kerajaan masih lagi menunggu giliran tempahan kerana begitu banyak tempahan untuk model yang sama.
SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...