Tinggalkan keluarga selepas dijanji pendapatan lumayan




ENYANG
SIBU: Mangsa paling tua kes penipuan sindiket pekerjaan, Enyang Ato, 66, yang terkandas di Liberia sejak 4 Februari bersama tujuh lagi rakyat Sarawak mendakwa itu adalah kali pertama dia ke luar negara untuk bekerja.

Enyang berkata, dia sanggup meninggalkan keluarganya selepas dijanjikan pendapatan lumayan dengan menjalankan pekerjaan dalam sektor pembalakan di negara berkenaan.

Ujar beliau, mereka dibawa ke negara itu oleh seorang individu dari Sibu sebelum menghilangkan diri apabila gagal mendapatkan urusan perniagaan di Liberia.

“Sebelum menghilangkan diri, dia ada bersama kami selama seminggu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Pondok Polis Lapangan Terbang Sibu (LTS), di sini malam kelmarin.

Mangsa lain terdiri daripada Suhaili Gani, 39; Bon Egat, 45; Dingai Nyalak, 47, Salim Tahir, 49; Untol Luyang, 58; Aji Surau, 39, dan Gawan Masin, 41, turut membuat laporan polis, sejurus tiba di LTS jam 9.30 malam.

Mereka telah diiringi Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dengan menaiki pesawat AirAsia dari KLIA.

Di LTS, mereka telah disambut Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, ADUN Pelawan David Wong dan Setiausaha PKR Bahagian Kanowit George Chen.

Hanya anggota keluarga Salim, Suhaili dan Dingai hadir di LTS untuk menyambut kepulangan mereka, di samping ahli DAP dan PKR dari Sibu dan Selangau.

ROS
Isteri Dingai, Ros Anyie,29, dari Rumah Rantai di Balingian, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu membawa pulang suaminya dengan selamat.

Ros berkata, dia hanya mengetahui nasib suami yang juga bapa kepada dua anaknya yang berusia tujuh tahun dan dan 11 tahun itu beberapa minggu lalu.

“Ini adalah kali ketiga suami pergi bekerja di luar negara dan insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Selepas insiden ini, terserah kepadanya untuk meneruskan hasrat bekerja di luar negara atau tidak,” ujarnya.

MAJENAH
Sementara itu, isteri Salim, Majenah Jeni, 37, berkata suaminya pernah bekerja di Afrika dua kali sebelum ini dan tidak menghadapi sebarang masalah.
Katanya, dia kini menarik nafas lega selepas melihat suaminya kembali dengan selamat.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...