Sebar berita palsu berkaitan operasi rabies, tiga kertas siasatan difailkan



 


 KUCHING: Tiga kertas siasatan telah difailkan kepada pihak polis terhadap mereka yang telah menyebarkan berita palsu di media sosial berkaitan program Operasi Rabies Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tindakan telah diambil terhadap mereka yang terlibat menyebarkan berita palsu mengenai operasi berkenaan.

"Saya dimaklumkan terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dalam media sosial. Setakat ini, tiga kertas siasatan telah difailkan terhadap mereka yang telah menyebarkan berita palsu dalam media sosial.

"Kami mendapati bahawa terdapat banyak tuduhan dalam media sosial dan ugutan kepada kakitangan kami di lapangan," katanya dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca nilai fasa pertama Projek Perintis Operasi Rabies Sarawak di Lundu, hari ini.

Uggah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan turut menasihatkan pasukannya untuk memastikan proses operasi dijalankan dengan jelas.

Mengulas mengenai projek perintis Operasi Rabies Sarawak fasa pertama melibatkan daerah Lundu beliau berkata ia menunjukkan kejayaan.

"Secara keseluruhannya operasi itu berjaya terutama dalam mencapai objektifnya iaitu untuk memberi suntikan vaksin anti rabies kepada 100 peratus populasi anjing (peliharaan) dan menghapuskan anjing terbiar," katanya.

Tambah Uggah, populasi anjing di Lundu sebelum operasi dianggarkan 2,794 ekor dan hasil daripada operasi selama empat hari diadakan itu, 2,559 anjing atau 91 peratus berjaya disuntik sementara 673 anjing liar dihapuskan.

"Beberapa kekurangan juga dikenal pasti semasa mesyuarat dan kami telah membincangkan kelemahan ini secara terperinci untuk memastikan hasil operasi yang lebih baik dalam fasa operasi yang seterusnya," katanya.

Sementara itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menjelaskan di bawah Seksyen 37( 4) mana-mana anjing yang dijumpai berkeliaran di luar kawasan rumah terutama di kawasan wabak rabies akan dimusnahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagi Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 (VPHO) di bawah Seksyen 37 (3) pemilik atau penjaga mana-mana anjing di kawasan dijangkiti rabies hendaklah memastikan anjing dijaga dengan kawalan berkesan.

JPVS juga dalam kenyataan yang sama memberitahu telah menghantar lima pasukan ke Lundu untuk program pemvaksinan dan pengawasan selepas operasi penghapusan dijalankan.

Ia adalah untuk memastikan matlamat jabatan memberi vaksinasi 100 peratus populasi anjing dicapai selain pada masa yang sama memasang kolar anjing sebagai tanda serta pengeluaran sijil vaksinasi.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...