Tiada peruntukan untuk bekalan air dan elektrik Sarawak dari Kerajaan Pusat


Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing meminta jasa baik Kerajaan Pusat untuk bersama-sama berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan dan mengkaji masalah bekalan air dan elektrik di Sarawak.


Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan dana peruntukan untuk bekalan air dan elektrik di Sarawak tidak dapat dilaksanakan.


Menurut Tiong lagi, isu dana Kerajaan Pakatan Harapan tidak mencukupi bukanlah alasan untuk tidak memenuhi keperluan rakyat.


Penambahan hospital di kawasan pedalaman dan menaik taraf peralatan turut dibangkitkan oleh Tiong semasa berhujah di Dewan Rakyat hari ini.


Ini bertujuan untuk menyenangkan rakyat dan memudahkan para kakitangan di hospital menjalankan tugas dengan lebih baik.


Beliau turut menekankan isu masalah perparitan di Sarawak yang perlu diberi perhatian khusus dan menjalankan penaikan taraf serentak supaya dapat mengelakkan terjadinya banjir kilat di Sarawak.-SarawakVoice


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...