Tahniah BN, maaf kepada penduduk Semenyih - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR 2 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional selepas berjaya menewaskan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut melakukan permohonan maaf kepada penduduk Semenyih atas kekalahan PH dalam PRK tersebut.


TANGKAP layar kenyataan Syed Saddiq di dalam akaun Twitter miliknya. - UTUSAN ONLINE

“Kepada penduduk Semenyih, saya susun sepuluh jari memohon maaf kalau ada yang terkurang.

“Terima kasih kepada jentera PH yang tidak kenal erti penat. Keluarga ini akan terus melangkah ke hadapan sambil bermuhasabah,” katanya menerusi kenyataan di dalam Twitter miliknya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...