Kuching FA gah mara ke pusingan kedua Piala FA 





Yuta cuba mengekang pergerakan pemain FC Pemanis pada aksi Piala FA di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu hari ini.

KUCHING: Pasukan Kuching FA tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua saingan Piala FA selepas menjinakkan FC Pemanis, 3-0 di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu hari ini.

Pemain import Kuching FA, Yuta Suzuki membuka jaringan pada minit ke-35 selepas menanduk masuk sepakan percuma Hafis Saperi.

Berselang babak kedua, giliran bek Kuching FA, Hairol Mokhtar mencetak nama selaku penjaring pasukan pelawat pada minit ke-50.

Kuching FA memastikan kemenangan milik mereka dengan gol ketiga hasil jaringan Ahmad Shakri pada minit ke-85.
“Alhamdulillah, kita berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan FC Pemanis dengan jaringan 3-0.

“Ia bukan tugas mudah kerana tuan rumah juga bermain dengan baik dan memberi tentangan hebat kepada kita. Selain itu, permukaan padang yang tidak rata menyukarkan kita untuk mengatur gerakan.  
“Namun, kredit saya berikan kepada semua pemain kerana berjaya menyerap tekanan dan mengikut apa yang telah dirancang dalam perlawanan hari ini," komen Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut memuji barisan pemain muda FC Pemanis yang tidak mudah mengalah.
Lawan Kuching FA pada pusingan kedua akan ditentukan selepas cabutan undi pada Isnin (4 Mac).-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...