Peniaga kedai kopi dicekup disyaki jual loteri haram




DITAHAN: Suspek (tiga kanan) ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual loteri awam tanpa lesen di premisnya.

SIBU: Seorang peniaga kedai kopi ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual loteri awam tanpa lesen di premisnya di Jalan Khoo Peng Long di sini, petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Jonathan Ringgit berkata, pasukan D7 dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Sibu diketuai Inspektor Hairul Hussin yang membuat serbuan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu berada di kaunter sekitar jam 2.40 petang.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek menjual nombor loteri haram dan satu beg sandang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Polis kemudian bertindak merampas telefon bimbit milik suspek dan wang tunai berjumlah RM6,865 dipercayai hasil daripada kegiatan jual beli loteri awam haram tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...