Suspek pertama kes tipu kerja Kemboja bebas dengan jaminan polis



 


Suspek pertama yang disyaki terbabit penipuan pekerjaan di Kemboja bebas dengan jaminan polis hari ini. - Gambar fail Bernama

KUCHING: Suspek pertama yang diberkas untuk membantu siasatan kes penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pembebasan suspek dibuat susulan tempoh reman tujuh hari sejak 24 Februari terhadapnya tamat.

"Memandangkan tempoh maksimum reman tujuh hari bagi kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah tamat dan siasatan masih dijalankan, maka pada pukul 10.00 pagi ini kami memohon daripada mahkamah agar suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan hadir untuk siasatan polis apabila diperlukan," katanya dalam satu kenyataan.

Lelaki teraebut yang berusia 35 tahun ditahan di rumahnya pada 23 Februari lepas untuk membantu siasatan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 warga Malaysia yang ditahan di Kemboja baru-baru ini.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...