Sarawak bakal wujud Sekolah Rendah Khas 





Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma'ani di Jalan Kulas, Kuching hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan Sekolah Rendah Khas untuk anak-anak istimewa di negeri ini. 
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sekolah khas ini amat diperlukan di negeri ini. 

Bagi tujuan itu katanya kajian akan dibuat untuk melihat keperluan sekolah khas ini untuk pendidikan yang terbaik kepada anak-anak istimewa. 
 
“Sebagai permulaan kita akan tubuhkan sekolah khas ini di Kuching dan selepas itu ke kawasan yang ramai penduduk termasuk Miri, Bintulu dan Sibu. 

“Saya akan arahkan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pendidikan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah untuk membuat kajian dan kerajaan negeri akan biayai sekolah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Jumaani yang terletak di Jalan Kulas di sini hari ini. 

Mengulas lebih lanjut mengenai sekolah khas ini, Abang Johari yang ditemui selepas majlis tersebut berkata sebuah unit khas juga akan ditubuh untuk mengurus cadangan tersebut.

Malah katanya, beliau telah mengenal pasti sebidang tanah yang terletak di lokasi yang strategik untuk membolehkan masyarakat menghantar anak mereka ke sekolah khas ini nanti. 

“Kita mengambil Australia secara model kerana di Australia mereka memberi perhatian kepada sekolah rendah dan apabila memasuki peringkat menengah sekurang-kurangnya 60 peratus telah pulih. 

“Kajian baru akan bermula dan saya yakin ia boleh disiapkan dalam masa enam bulan sebelum dapat saya cadangkan,” katanya.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...