Suri rumah di Bintulu rugi RM187,100 diperdaya Parcel Scam






BINTULU: Seorang suri rumah di bandar ini mengalami kerugian sebanyak RM187,100 akibat terpedaya dengan sindiket 'Parcel Scam' atau penipuan kiriman bungkusan, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa, 52, berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Michael Zhang di laman sosial Facebook pada 3 Mac lalu. 

"Sepanjang perkenalan, suspek memberitahu ingin memberikan hadiah buat mangsa, tetapi tidak menyatakan apa hadiah yang ingin diberikannya itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pada 14 Mac, suspek menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan memaklumkan barang telah dihantar dari Los Angeles, tetapi ditahan oleh Kastam di Kuala Limpur.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa membayar sejumlah wang, kononnya bagi tujuan pelepasan barangan termasuk mendapatkan sijil anti keganasan, keselamatan barangan dan sebagainya.

"Mangsa yang terpedaya dengan pujukan suspek kemudian telah membuat beberapa kali transaksi pembayaran ke akaun bank yang suspek berikan sebanyak RM187,100," katanya. 

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah pembayaran dibuat.

Mustafa Kamal dalam masa sama menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terutama berhubung dengan rakan di media sosial bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

"Sebaik-baiknya, elakkan berurusan dengan mana-mana individu yang tidak pernah bersemuka dengan anda dan jangan terus percaya dengan rakan yang dikenali melalui media sosial dan jangan melakukan apa-apa pembayaran bagi menggelakkan ditipu," tambahnya. 

Orang ramai di negeri ini dinasihat agar mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes penipuan kawangan ini dengan melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rmp.gov.my dan layari laman sesawang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di ccid. rmp.gov.my.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...