Stor menyimpan barang kebajikan kampung dijilat api




LAWAS: Sebuah stor yang dipercayai menyimpan barang kebajikan penduduk kampung musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Naga, Jalan Punang itu menyebabkan sebuah rumah struktur tidak kekal berkeluasan 30 x 20 kaki dan tidak berpenghuni musnah 100%.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bersama kekuatan seramai 12 anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.02 pagi tadi.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pihak bomba juga berjaya mengawal kebakaran dan operasi tamat pada jam 9.02 pagi.-SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...