Agenda Warisan Pintar Old Kuching Ekspo Pameran telah dirasmikan



KUCHING: Agenda Warisan Pintar Old Kuching Ekspo Pameran yang diadakan bermula hari ini sehingga 31 Mac nanti telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YBhg Datu Dr. Sabariah binti Putit, hari ini.

Sebanyak 40 booth yang terdiri daripada agensi Kerajaan/Korporat dan 42 booth meliputi komuniti setempat yang terdiri daripada Kampung Heritage dan Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Ekspo Pameran Agensi Kerajaan/Korporat diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada warga kota untuk lebih memahami peranan dan fungsi sesebuah agensi secara lebih dekat.

Bagi komuniti setempat, mereka diberi peluang untuk mempamerkan produk warisan seperti kek lapis, makanan tradisional tempatan dan produk perubatan tradisional mahupun kraftangan.

Sehubungan itu, warga kota terutamanya penduduk di sekitar Tebingan Kuching adalah dijemput hadir bagi memeriahkan Agenda Warisan Pintar Old Kuching pada 25 hingga 31 Mac 2019.

Pelbagai aktiviti menarik dan sesuai untuk setiap lapisan warga kota telah dirancang di sepanjang 7 hari berlangsungnya Agenda Warisan Pintar Old Kuching.-SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...