SMK Sacred Heart lakar kecemerlangan




SIBU: SMK Sacret Heart Sibu melakar kecemerlangan sekali lagi setlah mengungguli kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2018 yang diumumkan secara serentak di seluruh negara sebentar tadi.

Pengetuanya ,David Teo berkata dalam ucapannya, “Ini merupakan satu keputusan yang membanggakan dan menjadi satu lagi pencapaian dan tahun yang cemerlang kepada SMK Sacret Sibu.”

“Pada tahun ini SMK Sacret Heart mencatatkan gred purata sekolah iaitu 2.65 dan telah menjadikan SMK Sacret Heart berada di tempat ke-tiga dalam Sarawak dan tempat pertama di Bandar Sibu,” ujarnya.

Tambahnya , “Guru, ibu-bapa, dan para pelajar telah bekerja keras sepanjang pengajian mereka di SMK Sacret Heart.”

“Semoga apa yang dipelajari oleh para pelajar akan memberikan manfaat apabila mereka menyambung pelajaran dan apabila di tempat kerja kelak,’ katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ling Ngie Ming
Penolong Kanan 1 SMK Sacred Heart Ling Ngie Ming berkata pada SPM 2018 Gred Purata Sekolah (GPS) yang diperolehi ialah 2.65 berbanding 2.98 pada 2017.

Seramai 12 orang yang mendapat 11A , 13 orang mendapat 10A dan tujuh orang mendapat 9A.

Dennis Wong Zhuang Hao merupakan calon yang mendapat paling banyak A+ iaitu 9A+ dan 2A.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...