SMK Methodist unggul di tangga pertama, 40 orang pelajar dapat semua A pada SPM 2018



SIBU: SMK Methodist terus unggul dengan seramai 40 orang pelajar yang mendapat kesemua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan sebentar tadi.

Menurut Penolong Kanan Pentadbirannya, Hii Chik Hua , “Pada tahun ini , seramai 40 orang pelajar kami mendapat kesemua A dengan sekurang-kurang mendapat A- .”

Tambahnya, “ Dengan 40 orang pelajar yang mendapat kesemua A pada tahun ini, ini menjadikan SMK Methodist Sibu terus unggul kerana mempunyai paling ramai pelajar yang mendapat kesemua A dalam mata pelajaran pada peperiksaan SPM kali ini.”

“Pada tahun 2018 ini, gred purata sekolah bagi SMK Methodist ialah 2.93 berbanding 2.84 pada SPM tahun 2017,” ujarnya ketika ditemubual oleh wartawan SarawakVoice sebentar tadi.

Michelle Wong Hui Hui menjadi pelajar terbaik SMK Methodist dengan mendapat 10A+ , 1A, dan 1 A-.

Seramai empat orang yang mendapat 9A+ iaitu Tan Kwan Zhen, Paul Tang Ting Guan , Louis Sim Jian Liang dan Carina Loi Jing.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...