Fokus di dalam kelas rahsia pelajar cemerlang di Sibu




SIBU: Fokus di dalam kelas menjadi prinsip saya ketika berada di dalam kelas.
Itulah resepi kejayaan yang dikatakan oleh Muhammad Hasif Fitri.

“Saya mengambil mengambil pendekatan ini untuk memastikan saya tidak ketinggalan dengan ilmu yang diajar didalam kelas, dan saya akan membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran bagi memahami ilmu yang telah telah diajar di dalam kelas,” ujarnya yang mendapat 8A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2018 yang baru diumumkan sebentar tadi.

Turut senada dengan Hasiff ialah, rakannya iaitu Benedict Goh Kah Hong yang mendapat 11A pada peperiksaan SPM tahun ini.

“Fokus didalam kelas menjadi faktor utama kejayaan saya dan apabila sampai rumah, saya akan membuat kerja rumah, dan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk mengulangkaji pelajaran untuk memahami ilmu yang telah diajar dan yang bakal diajar pada keesokkan harinya, “ jelasnya.

Jose Emiliano Uzaraga, berdarah kacukan Cina, Melanau dan Filipina, juga sependapat dengan sahabatnya iaitu Hasiff dan Benedict.

“Saya fokus di dalam kelas, menjadi faktor utama untuk saya memahami ilmu yang diajar. Disamping itu juga, membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran menjadikan saya memahami ilmu yang telah diajar ,’ jelasnya.

“Saya akan mengulangkaji pelajaran selama tiga hingga empat jam dan saya akan menambahkan lagi jam waktu saya untuk mengulangkaji pelajaran apabila musim peperiksaan, “ katanya.

Seramai 25 orang pelajar SMK Sacret Sibu mendapat kesemua A dalam peperiksaan SPM kali ini dan telah menjadikan SMK Sacret Heart mendapat tempat pertama di Sibu dengan mencatat gred purata sekolah iaitu 2.65.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...