Selamatkan diri dalam keadaan parah




BAU: Dua lelaki sempat menyelamatkan diri dalam keadaan parah selepas kenderaan mereka bertembung sebelum terbakar.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Bau/Serikin sekitar jam 3.20 pagi semalam, apabila kereta Perodua Kembara dipandu Edmund Teo Kho Chiew,41, dari arah Serikin ke Bau tiba-tiba masuk laluan bertentangan.

Manakala Giling Ayaw, 54, memandu Proton Pesona yang dalam perjalanan dari Bau untuk pulang ke rumahnya di Kampung Krokong tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan Kho Chiew.

Ketua Balai Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon mengesahkan kejadian berkata kedua-dua mangsa terselamat namun mengalami cedera parah.

Kho Chiew dari Kampung Sungai Pinang Siniawan, Bau retak tulang dagu dan pendarahan dalam kepala, di mana kini tidak sedarkan diri.

Manakala Giling dari Kampung Baru Sapit, Krokong Bau luka di lutut dan menerima enam jahitan serta terseliuh bahu kiri.

“Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Kho Chiew tiba-tiba masuk ke laluan Giling dan terus melanggarnya.

“Akibat perlanggaran ini, kereta Giling terus terbakar namun kedua-dua mangsa sempat keluar dari kenderaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Bau untuk rawatan namun Kho Chiew kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak disebabkan kecederaan parah yang dialami.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SuaraSarawak


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...