Pemandu selamat, kereta terbakar selepas kemalangan




Bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta 

KUCHING: Seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbakar di Kilometer Satu Jalan Bau-Serikin sekitar 3.20 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, dalam kejadian itu, mangsa berusia 54 tahun berasal dari Kampung Baru Spit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Krokong dari Bau, sementara pemandu sebuah lagi kereta dalam perjalanan dari Serikin menuju ke Bau.

"Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu pemandu, 41, terbabit tiba-tiba masuk ke laluan mangsa dan terus melanggar bahagian hadapan kereta mangsa.  

"Akibat daripada pertembungan itu, kereta mangsa terus terbakar di tempat kejadian dan kedua-dua pemandu sempat keluar dari kenderaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Poge, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami luka di lutut kiri dan menerima enam jahitan selain terseliuh bahu kiri.

"Manakala pemandu sebuah lagi kereta mengalami cedera parah iaitu tulang dagu retak dan mengalami pendarahan dalam kepala dan belum sedarkan diri yang kemudiannya dibawa ke Hospital Bau dan dirujuk semula ke Hospital Umum Sarawak," jelasnya.

Katanya, polis turut melawat tempat kejadian bagi mengambil rajah kasar, ukuran tempat kejadian dan membawa kenderaan terlibat ke Balai Trafik Bau sebelum dihantar ke

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Selain itu, menurutnya, kedua-dua sampel darah pemandu diambil untuk dianalisa di Jabatan Kimia Kuching.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

"Kesan daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan sebuah terbakar keseluruhan.

"Pemandu kenderaan tersebut terselamat dan telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dan operasi ditamatkan pada pukul 3.30 pagi," ujarnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...