Parah langgar belakang lori


BAU: Seorang penunggang motosikal parah dan patah kaki kanan akibat melanggar belakang lori 10 tan di Jalan Bau/Batu Kawa pada Sabtu lalu.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.50 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Samarahan ke rumahnya di Kampung Atas Singai.

Menurut Ketua Balai Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, mangsa dikenali sebagai George Amilton Risip berusia 27 tahun.

Katanya kejadian berlaku apabila lori yang dipandu Soo Chen Wie, 39, hendak membelok ke simpang kanan dan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh mangsa.

“Pemandu lori terbabit memperlahankan kenderaan dan turut memberi isyarat untuk membelok namun tiba-tiba dilanggar oleh mangsa.

“Mangsa mengalami cedera parah dan patah paha kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge menambah mangsa dibawa ke Hospital Bau dan kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Motosikal mangsa rosak teruk di bahagian depan setelah melanggar belakang lori di Jalan Bau/ Batu Kawa.-SuaraSarawak


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...