Sekolah antarabangsa berasrama penuh akan dibiayai Kerajaan Negeri



KUCHING: Kerajaan negeri bakal menubuhkan sekolah antarabangsa di peringkat menengah untuk pelajar yang mempunyai keputusan terbaik dalam pembelajaraan bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaraan di universiti yang berkualiti tinggi luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sekolah tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan juga telah mengenalpasti tempat bagi menubuhkan sekolah tersebut iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Jelasnya, silibus pembelajaran akan menggunakan silibus antarabangsa manakala model pembelajaran sama seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tambah beliau lagi, dengan adanya sekolah ini juga akan memberi peluang sama rata kepada semua pelajar yang berkelayakan sama ada dari golongan berpendapatan rendah ataupun golongan elit.

“Sebab utama kita membina sekolah in adalah bukan sahaja untuk golongan elit tetapi juga untuk golongan berpendapatan rendah kerana sekolah antarabangsa yang ada kini memerlukan yuran bayaran yang mahal,”

Justeru, kerajaan membina sekolah ini bagi memberi peluang kepada pelajar berkelayakan mempunyai asas untuk mereka melanjutkan pelajaraan ke universiti yang terbaik dengan subsidi bayaran yang diberikan kerajaan.

“Kriteria kemasukan ke universiti luar negara adalah tinggi. Jadi kita akan menghasilkan pelajar yang terbaik melalui sekolah ini dan apabila mereka kembali dengan idea yang baharu justeru mampu menyumbang kepada pembangunan Sarawak,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Sin Chew 2019 di Kuching, hari ini.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...