Gempar Transfomers muncul di Sibu.


Anggota bomba memadamkan kebakaran di tapak kitar semula berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu yang turut menggemparkan penduduk dengan kemunculan ‘Transfomers’. FOTO Harun Yahya




PENDUDUK berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu gempar dengan kemunculan ‘Transformers’ selepas video mengenainya tular di media sosial sejak petang semalam,
Bagaimanapun, gambar objek seperti robot gergasi itu sebenarnya adalah sisa longgokan sampah yang terbakar di tapak kitar semula di kawasan berdekatan.

Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di tapak kitar semula itu pada 3.25 petang.

“Maklumat yang diperolehi berkaitan kebakaran yang agak besar di lokasi kejadian.

“Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik sampai, didapati longgokan sampah yang terdiri daripada barangan lusuh dan besi buruk terbakar,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Difahamkan, ketika operasi memadam kebakaran dijalankan, sisa longgokan setinggi bangunan dua tingkat yang terbakar itu terbentuk seolah-olah robot gergasi.

Katanya lagi, anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.-Harian Metro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...