Saya tiada masa fikirkan tawaran hadiah mewah– Budak telur

WILLIAM CONNOLLY menghempuk telur pada kepala Senator Fraser Anning di Melbourne baru-baru ini. - AGENSI

SYDNEY 25 Mac - William Connolly atau Will Connolly, 17, yang digelar ‘budak telur’ selepas menghempuk telur pada kepala Senator Fraser Anning memberitahu dia tiada masa memikirkan pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan susulan tindakan yang dianggap hero itu.

Stuff New Zealand melaporkan, Connolly menyatakan perkara itu ketika muncul buat pertama kali dalam temu bual bersama Ten Network di sini.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut ditemu bual dalam rancangan tersebut.

Connolly berkata, hadiah tersebut termasuk percutian mewah di Turki dan bir percuma sepanjang hayat di Kanada dan Wales.

Remaja itu bertindak menghempuk telur pada kepala Anning susulan kenyataan pemimpin itu membuat kenyataan mengaitkan insiden yang berlaku di Christchurch adalah di­sebabkan kebanjiran golongan pendatang beragama Islam di New Zealand.

Jelas Connolly, ibunya tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

“Ibu kata tidak ada sebab untuk menyerang orang secara fizikal. Tetapi dia gembira dengan apa yang saya pegang selama ini (mempertahankan orang Islam), cuma dia tidak bersetuju dengan cara saya melakukannya (hempuk telur),” katanya.

Menurutnya, tindakan menghempuk telur itu bukannya perkara yang betul tetapi apa yang dilakukannya telah menyatukan dunia.

Beliau juga berasa malu dengan perhatian yang diberikan terhadapnya susulan tindakan tersebut.

Malah Connolly secara jujur berasa ‘penat’ dengan perhatian itu serta nama samaran ‘Egg Boy’ atau ‘budak telur’ yang diberikan kepadanya.-UtusanMalaysia

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...