Balai Bomba dan Penyelamat Matu bakal siap Oktober



MATU: Penantian penduduk di kawasan Parlimen P.207 Igan, khususnya sekitar kawasan Matu untuk memiliki Balai Bomba dan Penyelamat Matu akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila projek itu dijangka siap Oktober ini.

Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi mengutarakan soalan berkenaan pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Matu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat, sidang Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun, Zuraida memberi jawapan secara bertulis kepada Ahli Parlimen berkenaan.

Menurut Zuraida, pembinaan projek itu diluluskan di bawah Rancangan Boleh Pinda Pertama (Rolling Plan 1), Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2016.

Justru, kerajaan akan meneruskan projek pembinaan :Balai Bomba dan Penyelamat Matu seperti yang telah dibincangkan.

“Kerja menembok tanah di tapak projek telah selesai dilaksanakan pada akhir tahun 2018,” katanya.

Projek ini akan dimulakan pada April 2019 dan dijangka siap Oktober 2019.

Dalam soalannya, Ahmad Johnie minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Matu di dalam kawasan Parlimen P.207 Igan.

Bagaimanapun, Balai Bomba dan Penyelamat Daro dijadual memulakan operasinya pertengahan tahun ini bakal memberi manfaat kepada 30,000 penduduk setempat termasuk kawasan Matu.

Malah, kemudahan itu yang dibina membabitkan peruntukan RM6.8 juta mampu memudahkan lagi operasi bomba di daerah itu, terutama apabila berlaku kes kecemasan.SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...