Polis tahan lelaki terlibat kes pecah rumah di Sebauh



Barang-barang yang dirampas daripada suspek.
BINTULU: Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dalam satu serbuan ke sebuah rumah di Kampung Pandan, Sebauh, di sini.

Bertindak atas maklumat, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu yang diketuai Inspektor Nixon Malang membuat serbuan itu sekitar 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan lanjut dalam rumah menemukan pelbagai barangan dipercayai mempunyai hubung kait dengan kes pecah rumah di kawasan kejiranan suspek pada pukul 6.30 petang, Sabtu.

"Barang-barang dirampas oleh polis membabitkan tablet, beberapa telefon bimbit, alatan pembesar suara, pelbagai jenis beg, peralatan komputer dan wang tunai," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

Penduduk kawasan Sebauh boleh berhubung dengan pegawai penyiasat untuk membantu mengenal pasti barang-barang yang dirampas dengan menghubungi Inspektor Peterson Ray di talian 019-8286889.-Utusan Borneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...